.....
   
 


Dari Tunas Bahasa Edisi September 2005

BUKU BARU DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Judul: 1000 Kisah dan Fakta Raja Melayu Kerabat & Pembesar, Jilid 1
Bilangan halaman: 74
Pengarang:
Ghulam Jie M Khan
Penerbit: Ainna's Publication, Seremban (2003)


Buku ini mengandungi fakta-fakta ringkas tentang raja-raja Melayu, kerabat dan pembesar di Malaysia.

Di samping memberi peluang kepada para pembaca untuk mengenali raja-raja dan permaisuri kita, buku ini juga merakam peranan para kerabat dan pembesar-pembesar istana dalam institusi raja-raja di Malaysia.

Terdapat pelbagai cerita yang menarik yang dapat dibaca dalam buku ini. Tambahan pula, terdapat banyak gambar-gambar menarik yang boleh ditatapi para pembaca. Buku berkulit keras yang dicetak menggunakan kertas bermutu tinggi ini diterbitkan dalam lima jilid iaitu Jilid 1 hingga Jilid 5.

Walau bagaimanapun, buku ini tidak boleh dipinjam untuk dibawa pulang kerana ianya adalah bahan rujukan. Para pelajar yang berminat untuk membacanya bolehlah mendapatinya di Bahagian Rujukan, Pusat Sumber Sekolah.

Selamat Membaca!

[ Kembali ke atas ]


Dari Tunas Bahasa Edisi Julai 2003

Judul: Generasi 2222: Antologi Cerpen Remaja Perpaduan
Bilangan halaman: 165
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur


Generasi 2222 adalah antologi cerpen hasil Sayembara Cerpen Remaja Perpaduan 1999 anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara, akhbar Minda Pelajar, Bank Simpanan Nasional dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Terdapat sejumlah 25 buah cerpen di dalam antologi ini. Cerpen-cerpen menceritakan sebahagian daripada gambaran masyarakat Malaysia yang pelbagai yang dihasilkan menerusi pena kreativiti remaja.

Lebih daripada itu, persoalan perpaduan dan integrasi yang dicetuskan merentas sempadan nasional. Ianya juga mencakupi persoalan perpaduan dan kemanusiaan sejagat.

Karya-karya ini sesungguhnya merupakan sumbangan yang cukup bererti dan bermanafaat dalam konteks pembinaan sahsiah remaja sebagai insan dan warganegara yang sihat; dan sebagai khazanah kesusasteraan Malaysia.

Walaupun cerpen-cerpen yang dimuatkan di dalam buku ini lebih sesuai dibaca oleh pelajar-pelajar sekolah menengah namun ianya masih boleh difahami dengan mudah oleh pelajar Tahap 2, sekolah rendah.

oleh Rizwan Roslan, 6 Arif

[ Kembali ke atas ]


Dari Tunas Bahasa Edisi April 2003

Judul: Tom Thumb / Thumbelina
Harga:
RM15.50
Bilangan halaman:
32
Pengarang: Jeff K.L. Lay
Penerbit: RCDS Sdn. Bhd.


Dalam buku ini terdapat dua cerita klasik Inggeris, iaitu, Tom Thumb dan Thumbelina.

Cerita disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami dan sesuai dibaca oleh murid-murid Tahap Satu. Lebih menarik lagi, di setiap halaman dihiasi dengan gambar berwarna yang menarik. Tulisan yang digunakan pula adalah jenis yang besar dan terang.

Kedua-dua cerita, iaitu, Tom Thumb dan Thumbelina mempunyai tema yang sama. Ia menceritakan tentang kehidupan dan pengembaraan manusia bertubuh kecil. Saiz badan tidak menjadi halangan kepada mereka yang bergaul dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan.

Nilai murni yang dipaparkan dalam kedua-dua cerita ialah anda boleh membantu orang lain sungguhpun anda kecil. Di akhir setiap cerita terdapat satu halaman aktiviti iaitu ‘Renungan Bersama’ dan ‘Isi tempat kosong’.

Buku ini adalah salah satu daripada tajuk yang terdapat di dalam siri ‘Koleksi Cerita Klasik’ terbitan RCDS Sdn. Bhd.

Tajuk-tajuk lain dalam siri ini adalah: Hansel dan Gratel/Cinderella, Isteri Nelayan Yang Tamak/Sentuhan Raja Midas, Jelita dengan Manusia Haiwan/Putera Katak, Serigala dengan Tujuh Anak Kambing/Si Selendang Merah, Puteri Beradu/Puteri Salji, Gadis Kaldai/Baju Baru Maharaja, Rumpelstiltskin/Rapunzel.

oleh Syamim Nabilah Mohd Najib, 6 Arif

[ Kembali ke atas ]

 

 
 

© SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JERING, PERAK DARUL RIDZUAN