Dari Tunas Bahasa
Edisi September 2005
....
.Guru
Besar menulis ...
SALAM
PERKENALAN
Bismillah-ir
Rahman-ir Rahim.
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah, dan
kurnia-Nya diberi kesihatan dan kesempatan bagi meneruskan
amanah rakyat dan negara kepada kita semua. Saya ucapkan terima
kasih dan tahniah kepada Jawatankuasa Tunas Bahasa dalam memperkasa
mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pertama
kali saya melangkah kaki ke sekolah ini, tanggapan pertama
saya ialah sekolah ini adalah salah sebuah sekolah terbaik.
Saya telah mendapat kerjasama yang baik daripada warga sekolah.
Usaha
pertama saya memperbaiki infrastruktur sekolah dengan kerjasama
pelbagai pihak dalam menceriakan sekolah dan memberi keselesaan
kepada warga sekolah. Bilik-bilik khas telah diceriakan seperti
Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Kaunseling, Bilik SAL, dan Bilik
Darjah bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran.
Kami
juga mengamalkan budaya kerja berpasukan di samping 'Smart
Partnership' bersama PIBG, individu-individu, dan wakil rakyat
dalam memperkasa kurikulum dan ko-kurikulum. Kami juga melaksanakan
Program Berfokus untuk Pelajar Cemerlang, Program Gemilang,
dan Cergas Ko-kurikulum.
Saya
juga bangga dengan komitmen yang diberikan oleh PIBG yang
dipimpin oleh En. Mustafa Kamal Basha. Tanpa sokongan dan
kerjasama mereka program yang dirancang tidak akan berjaya.
Saya
yakin hanya guru yang berkualiti sahaja yang akan dapat melahirkan
pelajar yang berkualiti. Oleh itu, saya sentiasa menggalakkan
guru-guru melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
dan menguasai ilmu terutamanya bidang Teknologi Maklumat.
Pn
Hjh Rohana bt Abd Majid
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Changkat Jering
[ Kembali ke atas ]
Dari Tunas Bahasa Edisi
Julai 2003
....
.Penolong
Kanan Pentadbiran menulis ...
MANUSIA
'BERPENYAKIT'
Perubahan
demi perubahan berlaku dalam dunia pendidikan. Ia bukan sahaja
berubah dari aspek fizikal sekolah, malah merangkumi aspek
tenaga pengajar, pelaksanaan, kandungan, strategi, matlamat
dan sebagainya lagi.
Perubahan-perubahan
ini berlaku lantaran tuntutan kehidupan yang berubah. Sebagai
contoh, pada peringkat awal dulu matlamat pendidikan lebih
berkisar ke arah melahirkan individu yang hanya sekadar boleh
membaca, menulis dan mengira. Tetapi sekarang ia digarap dengan
begitu jelas dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang isinya
berhajatkan suatu yang berketrampilan dari seluruh aspek kehidupan.
Namun
hasilnya tidaklah seindah seperti yang diharapkan. Mungkin
dari segi inteleknya, kita berjaya melahirkan ribuan doktor,
jurutera, arkitek dan sebagainya lagi. Tetapi pelbagai gejala
yang bersalahan dengan nilai kemanusiaan terus meningkat.
Lebih menyedihkan lagi perlakuan tidak bermoral bukan sekadar
di kalangan mereka yang tidak berpelajaran bahkan yang baik
akademiknya. Malah kes-kes yang melibatkan mereka yang masih
bersekolah juga terus meningkat.
Apakah
semua kemelut ini, kita sandarkan kesalahannya terhadap pelakunya
sahaja, tanpa memikirkan siapa yang ‘melahirkannya’? Mungkin
rakan-rakan sebaya, guru-guru dan ibu-bapa sama-sama bertanggung-jawab
terhadap masalah yang kita hadapi ini.
Kalau
sepohon pokok itu berpenyakit atau besar dan subur, tetapi
tidak berbuah, kita tentu tidak menyalahkan pokok itu. Tetapi
kita perlu kaji semula bagaimana proses penanaman dan penjagaan
pokok itu. Begitulah halnya dengan manusia yang ‘berpenyakit’.
Tn
Hj Ahmad Salleh Hj Mohammad
Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Changkat Jering
[ Kembali ke atas ]
Dari Tunas Bahasa Edisi
April 2003
....
.Guru
Besar menulis ...
KEMAHIRAN
KOMPUTER
Komputer
kini menjadi semakin penting dalam kehidupan manusia. Ianya
digunakan dalam pelbagai aktiviti harian oleh semua orang secara
sedar ataupun tidak sedar.
Perkembangan teknologi terkini yang begitu pantas menyebabkan
negara kita terpaksa memesatkan lagi penggunaan teknologi dalam
sistem pendidikan. Selaras dengan hasrat untuk mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020, Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
menjadi agenda utama di sekolah-sekolah.
Oleh
itu, zaman maklumat yang dibawa oleh komputer mengubah cara
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Teknologi digunakan
dengan meluas dalam pendidikan untuk menyokong dan mengukuhkan
lagi pengajaran dan pembelajaran. Kita dapat lihat sekarang
bagaimana guru-guru sudah mula mengajar Matematik dan Sains
di kelas-kelas Tahun Satu dengan berbantukan komputer. Dengan
bantuan teknologi multimedia, pembelajaran menjadi lebih menarik.
Murid-murid
bertuah kerana di sekolah kita sudahpun dilengkapkan dengan
sebuah makmal komputer. Ianya disediakan untuk memantapkan pengajaran
dan pembelajaran. Di samping itu, makmal komputer ini juga membolehkan
murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran komputer.
Diharap
murid-murid semua akan menggunakan sepenuhnya peluang yang disediakan
untuk memahirkan diri dalam ilmu komputer. Ini adalah kerana
seseorang yang tidak menguasai komputer di abad ke dua-puluh
satu ini boleh diibaratkan seseorang yang buta huruf di abad
sebelum ini.
Oleh
itu, dapatlah disimpulkan bahawa kemahiran komputer mestilah
dikuasai oleh semua murid. Penguasaan komputer adalah tuntutan
masa kini.
Tn
Hj Zamani bin Abu Bakar
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Changkat Jering
[ Kembali ke atas ]
|