Dari Tunas Bahasa Edisi Julai 2003
Pantun:
PANTUN TEKA TEKI
Sungguh
enak gulai nangka,
Dimasak bersama kacang panjang,
Kalau tuan orang bijaksana,
Apakah haiwan telinganya panjang?
Melompat
alang berlari anak,
Jatuh bertabur segantang pulut,
Apa binatang kakinya banyak,
Otak bodoh tiada berperut.
Buah
pinang dibelah dua,
Dibelah dua oleh Ali,
Jikalau adik pandai meneka,
Namakan binatang tiada berkaki.
Bukan
butang sebarang butang,
Butang dipakai Seri Nilam,
Bukan tukang sebarang tukang,
Tukang bekerja waktu malam.
Pokok
tembikai tumbuh melata,
Tembikai ditanam oleh Mak Jah,
Jika tuan sungguh bijaksana,
Apakah haiwan suka bermegah?
Benda
itu warnanya merah,
Terkena air ia pun mati,
Kalau sudah ia marah,
Rumah lalang dimakannya sekali.
Amiran
Nadia Arifin, 5 Pintar & Puan Rofiaah
[ Kembali ke atas ]
MARI BERPANTUN
dengan Kelas 1Cerdik
Fatin,
1 Cerdik
Anis
Nasuha Mohd Zainuddin, 1 Cerdik
[ Kembali ke atas ]
Dari Tunas Bahasa Edisi
April 2003
Pantun:
PANTUN NASIHAT
Buah bidara
buah selasih,
Di atas meja diterangi pelita;
Jangan lupa berterima kasih,
Pada orang yang membantu kita.
Kupu-kupu
terbang malam,
Hinggap bermalam di tengah sawah;
Menuntut ilmu seperti bertanam,
Rajin bertanam hasilnya mewah.

Buah peria
rasanya kelat,
Buah pulasan manis sekali;
Sahabat yang jauh terasa dekat,
Jalinan persahabatan erat sekali.
Cencaru,
gelama, dan ikan siakap,
Di gulai sedap rasanya;
Guru mengajar jangan bercakap,
Tidak faham harus bertanya.
Masuk
hutan janganlah takut,
Mengikut datuk mencari nyatoh;
Peraturan sekolah harus diikut,
Supaya menjadi murid contoh.
Nurul
Aishah Mohd Jaafar, 6 Arif