Sajak:
ILMU
Ilmu,
Ilmu itu banyak faedahnya,
Ilmu juga baik daripada harta,
Jika kita lalai tidak dapat jua,
Jika kita tekun sudah pasti akan berjaya.
Ilmu,
Hidup ku takkan sempurna tanpa mu,
Ku memerlukan mu untuk membuat sesuatu,
Ku pasti kan berjaya jika meminta ilmu,
Tanpa mu hidup ku takkan maju dan berjaya.
Fatin
Nurnajwa bt Ahmad Zahari, 5 Pintar
Sajak:
ILMU
|
Ilmu,
tanpamu manusia gagal,
tanpamu manusia leka,
tanpamu manusia hilang hala tujuan,
tanpamu manusia buta, dan
tanpamu manusia ...
hilang segalanya.
Ilmu,
kau ibarat penyuluh hidup keranda manusia,
tanpamu manusia hidup di dalam kegelapan,
kau ibarat jambatan kepada manusia
untuk menemui kejayaan,
Ilmu,
tanpamu manusia jatuh,
tanpamu tiadalah saintis, doktor dan guru,
tanpamu negara kita akan jatuh,
tanpamu manusia ...
hilang segalanya.
Oleh itu,
tuntutlah ilmu sehingga berjaya,
tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina.
|
|
Nur
Kamarina bt Kamaruddin, 6 Pintar
Dari Tunas Bahasa Edisi
Julai 2003
Sajak:
TUNAS BAHASA
Tunas Bahasa
Hadirmu penyeri dalam mindaku
Kau banyak membantuku
Dalam menambah pengetahuanku
|
|
|
Tunas Bahasa
Ceria dengan rakaman kejayaan
Warga SKCJ yang cemerlang
Dikau berinformasi
Dikaulah wadah ilmu
Tunas Bahasa
Walau munculmu setiap tiga purnama
Membeli dan membacamu
Menjadi kegemaranku
|
|
|
|
Kini
dikau melangkah lebih jauh
Kemunculanmu di internet
Membanggakan SKCJ
Kau kini dapat ditatap di mana sahaja, setiap masa |
|
Izni
Awanis Rosli, 6 Arif
[ Kembali ke atas ]
Dari Tunas Bahasa Edisi
April 2003
Sajak:
UNTUKMU GURU
Guru
Dalam kegelapan malam
Kau hadir membawa cahaya
Menyinari malamku yang gelita
Kau bagai
bintang di langit
Berkerlipan dan bergemerlapan
Sinarmu tidak pernah pudar

Guru
Tanpamu gelaplah malam
Tanpamu tiada keindahan
Tanpamu aku kesepian

Teruskan
sinaranmu
Dengan kerlipan
yang gemerlap
Kerana aku masih di sini
Menantimu
Siti Rasyiqah Abdul Rahim, 6 Arif
[ Kembali ke atas ]