Tajuk
Penerbitan Majalah "Tunas Bahasa"
Pendahuluan
/ Latar belakang
Membaca dan menulis adalah dua kemahiran yang saling
berkait. Di sekolah, belum ada bahan bacaan yang ditulis
secara khusus untuk murid-murid. Maksudnya, bahan bacaan
yang berkaitan dengan diri dan persekitaran murid SK
Changkat Jering, yang merangkumi rakan-rakan, guru-guru
dan sekolah mereka. Juga, belum ada saluran untuk murid-murid
berkarya (menulis) secara bermakna. Bahan-bahan yang
akan dimuatkan di dalam majalah ini adalah seperti puisi,
cerpen dan berita-berita semasa. Semua bahan-bahan ini
akan dihasilkan oleh murid-murid sendiri.
Matlamat
Majalah "Tunas Bahasa" bertujuan untuk mengisi ruang
bahan bacaan yang bermakna kepada murid-murid dan membuka
saluran untuk mereka menulis.
Objektif
-
Untuk menyediakan bahan bacaan yang mudah yang berkaitan
dengan murid dan sekolah;
-
Untuk memupuk minat membaca di kalangan murid-murid
melalui bahan bacaan yang berkaitan dengan rakan-rakan,
guru-guru dan sekolahnya sendiri;
-
Untuk menyediakan saluran untuk murid-murid dan hasil-hasil
tulisan yang baik dapat dikongsi oleh pelajar-pelajar
lain;
-
Untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Rasional
Minat membaca dan berkarya di kalangan murid-murid SK
Changkat Jering masih di peringkat sederhana. Antara
faktor yang menyebabkan keadaan demikian ialah kerana
kurangnya aktiviti membaca dan menulis di kalangan murid-murid
di luar bilik darjah.
Jawatankuasa
- Penasihat
Tn Hj Zamani b Abu Bakar,
Guru Besar
- Pengerusi
Tn Hj Ahmad Salleh b Hj Mohammad,
Penolong Kanan Pentadbiran
- Pengurus
Projek
Pn Badarieh bt Said,
(Ketua Pengarang)
Ketua Panitia
- Setiausaha
Pn Jemilah bt Jaafar
- Ahli
Jawatankuasa
Semua guru Bahasa Melayu
Kumpulan
Sasaran
Semua murid SK Changkat Jering dari Tahun 1 hingga Tahun
6.
Strategi
- Pra-Penerbitan
1 Dikumpul karya murid-murid.
2 Jawatankuasa menilai dan memilih karya-karya yang
sesuai.
3 Majalah ditaip menggunakan perisian MS Publisher.
4 Bacaan peruf untuk semakan dari segi ejaan dan susunletak.
5 Majalah dicetak.
-
Pasca-Penerbitan
1 Senaskah Majalah Tunas Bahasa diedarkan ke semua
kelas - setiap keluaran - untuk dipamerkan di Papan
Kenyataan Kelas.
2 Senaskah juga dipamerkan di Papan Kenyataan Bahasa
Melayu untuk tatapan umum.
3 Murid-murid juga boleh memiliki naskah peribadi
Majalah Tunas Bahasa dengan memesan kepada guru Bahasa
Melayu kelas masing-masing. Murid cuma perlu membayar
kos untuk fotostat bahan berkenaan.
4 Murid-murid boleh membaca Majalah Tunas Bahasa pada
masa-masa senggang mengikut kemampuan masing-masing.
Keterangan Projek
Majalah enam halaman ini mempunyai ruangan-ruangan tetap
seperti berikut:
-
Berita-berita semasa
-
Cerpen
-
Sajak
-
Pantun
- Ruangan
Info - Tahukan Anda
-
Ruangan Tokoh Pelajar
- Bicara
Buku - kelolaan Penyelaras Pusat Sumber
-
Pesan Guru - kata-kata nasihat dari Guru Besar
-
Kosa Kata
- Halaman
Aktiviti - kuiz
Jadual
Pelaksanaan
Majalah "Tunas Bahasa" diterbitkan sebanyak tiga kali
dalam setahun:
Bahan
/ Sumber
Bahan-bahan
yang terbitkan di dalam majalah adalah hasil tulisan
murid-murid dan guru-guru SK Changkat Jering. Bahan-bahan
terpilih adalah tertakluk kepada suntingan dan pembetulan
oleh Ketua Pengarang, Tunas Bahasa.
Kewangan
Perbelanjaan untuk pelaksanaan projek bagi setahun adalah
seperti berikut:
- Kertas
komputer RM10.00 x 1 rim
- Dakwat
printer RM70.00
- Fotostat
menggunakan kertas berwarna 20 set Majalah Tunas Bahasa
(6 muka surat) RM12.00 x 3 keluaran =36.00
- Jumlah:
RM116.00 (Ringgit Malaysia: Seratus enam belas sahaja)
Instrumen
Penilaian
Satu soalselidik digunakan sebagai instrumen penilaian.
Soalselidik berkenaan diberikan kepada 20 orang murid
yang dipilih secara rawak. Soalselidik akan diberi selepas
program dilaksanakan.
Penutup
Kejayaan program majalah "Tunas Bahasa" ini bergantung
sepenuhnya kepada sumbangan tulisan daripada murid-murid
dan guru-guru. Diharapkan dengan adanya majalah "Tunas
Bahasa" ini, dapatlah menyajikan bahan bacaan yang bermakna
kepada murid-murid di samping membuka saluran untuk
mereka menulis secara kreatif.

Disediakan oleh:
BADARIEH BT SAID
Ketua Panitia
|