.....
   
 


KARANGAN PILIHAN:
Jenis Perbincangan

Pelajar Cemerlang Generasi Gemilang
...oleh Mahizan bt Mohd Rashid, 6 Pintar

Pelajar adalah murid-murid di sekolah rendah atau menengah. Pelajar bertanggungjawb untuk menimba ilmu sebanyak mungkin kerana mereka adalah harapan bagi ibu-bapa, guru-guru dan juga negara.

Oleh itu, pelajar seharusnya menumpukan perhatian kepada guru yang mengajar. Jika pelajar menumpukan perhatian, pelajar akan faham apa yang diajar oleh guru-guru.

Bagi pelajar yang cemerlang, terdapat ciri-ciri yang tertentu. Pertama, perlu membetulkan niatnya untuk belajar bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Kedua, tahu bahawa pendidikan adalah amat penting untuk dirinya. Ketiga, pandai memilih kawan.

Selain itu, pelajar mesti pandai memilih bahan-bahan bacaan untuk belajar. Bukan itu sahaja, kerana pelajar juga hendaklah pandai mengurus masa dengan sebaik-baiknya. Kemudian, pelajar juga hendaklah pandai menguruskan hal rumah, sekolah atau pelajaran dengan teratur dan rapi. Pelajar cemerlang sentiasa hadir ke kelas kecuali berlaku kuzuran. Beri tumpuan ketika guru mengajar.

Oleh sebab itu, pelajar cemerlang harus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang cemerlang. Bagi pelajar cemerlang, haruslah bertanya guru sekiranya tidak faham sesuatu perkara. Kemudian, hendaklah juga membuat catatan nota bagi setiap mata pelajaran.

Ingatlah, pelajar yang cemerlang akan berusaha untuk menguasai pelajarannya. Ini akan mengembirakan kedua ibu-bapanya. Bukan itu sahaja, malah pelajar cemerlang juga hendaklah mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh digunakan untuk kebajikan. Pelajar yang cemerlang harus sentiasa bersyukur. Inilah ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang. "Pelajar Cemerlang Generasi Gemilang", itulah yang dikatakan lambang untuk seorang pelajar yang cemerlang.

_________________________
Pemenang Pertandingan Menulis Karangan, Tahun 6,
Minggu Bahasa Melayu 2005

[ Kembali ke atas ]

 

 


Karangan Pilihan

 

© SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JERING, PERAK DARUL RIDZUAN