Masalah
kemerosotan disiplin di kalangan pelajar merupakan masalah
yang rumit. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah
ibu-bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap
anak-anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja. Akibatnya
anak-anak yang diabaikan ini menjadi liar kerana tidak
mendapat kawalan daripada ibu-bapa mereka.
Ibu-bapa
juga harus memberikan didikan agama yang secukupnya kepada
anak-anak mereka. Didikan agama ini penting kepada para
pelajar kerana mereka masih mentah dan mudah terpengaruh
dengan gejala-gejala yang tidak elok.
Guru-guru
di sekolah juga perlu mengawasi pelajar-pelajar agar mereka
tidak terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang tidak
elok. Ini adalah kerana guru-guru ibarat ibu-bapa kepada
pelajar-pelajar semasa mereka berada di sekolah.
Guru-guru
harus mengambil tindakan dengan mengetatkan peraturan
yang sedia ada. Mereka harus menghukum pelajar-pelajar
yang melanggar peraturan sekolah. Ini bertujuan untuk
membuatkan pelajar ini insaf dan tidak lagi melanggar
disiplin.
Media
juga memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan
disiplin para pelajar. Media boleh mengadakan iklan “kempen
masalah keserosotan disiplin pelajar” dan menerapkan nilai-nilai
murni agar pelajar tidak terlibat dalam masalah disiplin.
Ini mungkin boleh menimbulkan kesedaran di hati para pelajar.
_______________________________________________
Karangan ditulis semasa menjawab
soalan Bahasa Melayu (Penulisan)
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2003
|