.....
   
 


KARANGAN PILIHAN:
Jenis Autobiografi

Aku Sebuah Pasu Bunga
...oleh Raja Nur Syafira, 5 Arif

Aku sebuah pasu bunga. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur. Aku diperbuat daripada tanah. Aku telah dibentuk untuk menjadi pasu bunga yang cantik. Aku diukir oleh manusia dan selepas itu aku dicat dengan pelbagai warna.

Hari ini, aku dan kawan-kawanku akan dihantar dengan lori ke Kuala Kangsar untuk dijual. Apabila sampai di Kuala Kangsar, aku dikeluarkan dengan cermat. Aku melihat bermacam-macam jenis pasu di situ. Aku serta kawan-kawanku di susun rapi di suatu tempat yang tinggi.

Pada suatu hari, ada seorang perempuan yang cantik sekali datang ke kedai. Dia ingin membuat lanskap, lalu dia memilih pasu-pasu yang cantik. Tiba-tiba saja, dia berdiri di hadapanku. Dia berkata, "Pasu ini sangat cantik." Lalu dia membeliku dengan harga yang yang sangat mahal, iaitu RM180.

Aku dibawa pulang ke rumahnya dengan kereta. Kini, aku mempunyai tuan yang baru. Tuanku menjagaku dengan baik sekali. Pada keesokan harinya, tuanku meletakkan tanah ke dalam badanku, lalu tuanku mengambil biji benih dan terus menanam biji benih itu ke dalam tanah. Pokok di dalam badanku terus membesar dan aku terus dijaga dengan sempurna.

Namun pada suatu hari, anak-anak tuanku bermain bola sepak di halaman rumah. Sedang mereka seronok bermain-main, tiba-tiba secara tidak sengaja bola itu melayang lalu terus meluru kuat ke hadapanku dan terkena badanku. Aduh! Aku pecah berkecai dan betapa sakitnya aku, hanya tuhan sahaja yang tahu.

Kini aku sudah tidak berguna lagi. Aku dibuang oleh tuanku. Kini, aku hanya menyedut udara di luar kawasan rumah. Tuanku kini telah membeli pasu yang baru yang cantik untuk menggantikan aku.

Jika benda itu masih boleh digunakan lagi, janganlah dibuangnya. Atau, jika benda itu tidak boleh digunakan lagi, buanglah di tempat yang sesuai atau dikitar semula.

_______________________________
Pemenang Pertandingan Menulis Karangan, Tahun 5,
Minggu Bahasa Melayu 2005

[ Kembali ke atas ]

 

 


Karangan Pilihan

 

© SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JERING, PERAK DARUL RIDZUAN