.....
   
 


KARANGAN PILIHAN:
Jenis Cereka

Kebakaran di Rumah Kawan Saya
...oleh Munirah Haris, 6 Arif

Pada minggu yang lalu, saya bersama rakan-rakan sedang berjalan-jalan ke bandar. Tujuan kami adalah untuk melawat kawan kami yang sakit. Bapanya adalah seorang wakil rakyat.

Sedang kami berjalan-jalan, kami ternampak kepulan asap. Kami segera mencari di manakah tempat tersebut. Tiba-tiba salah seorang rakan saya menjerit memberitahu bahawa sebuah rumah sedang dijilat api.

Kami segera ke tempat kejadian. Saya dengan pantas mencari pondok telefon yang berdekatan untuk menelefon bomba. Rakan-rakan yang lain cuba membantu. Ada yang meminta pertolongan dan ada yang menolong memadamkan api.

Beberapa minit kemudian, pihak bombapun tiba. Kebakaran itu berjaya dihentikan. Mujurlah tiada siapapun yang ada di rumah pada masa itu.

Tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta menuju ke rumah itu. Rupa-rupanya dialah tuan rumah itu. Anaknya adalah kawan kami yang mahu kami lawati. Mereka mengucapkan terima kasih dan memuji kami. Kami berasa bangga dan gembira kerana bukan sahaja kami dapat berjumpa dengan kawan lama kami malah kami telah dapat menolong.

_______________________________________________
Karangan ditulis semasa menjawab soalan Bahasa Melayu (Penulisan)
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2003

[ Kembali ke atas ]

 

 


Karangan Pilihan

 

© SEKOLAH KEBANGSAAN CHANGKAT JERING, PERAK DARUL RIDZUAN